Irfan Khairi antara jutawan online terkenal...serta telah membimbing ramai orang untuk berjaya...
Sifat tidak putus asa adalah kunci utama untuk berjaya...
Teringat kata kata pensyarah saya dahulu semasa saya mengambil jurusan kejuruteraan di UiTM Shah Alam,Selangor....jika kita tak ingat perlu buat sehingga 40 kali....InsyaAllah kali ke 40 itu kita akan dibantu Allah untuk mengingati atau menghafal
sesuatu...
Apa motif sebenar yang ingin disampaikan ialah...perlu berusaha dahulu hingga berjaya...kalau takde usaha macam mana nak sukses?
Hanya orang orang yang tidak kenal erti jemu akan terus ke hadapan manakala yang menggunakan konsep tunggu dan lihat akhirnya akan terus kekal di takuk lama...bibir kata nak berubah...ttp perbuatan tidak...macam mana Allah nak berikan rezki pada kita....sudah tentu Dia akan turunkan rezki pada yang benar benar meminta dengan kesungguhan kan...
Tupperware antara satu cabang rezki yang diberikan kepada saya...apa saya dapat selain profit dari segi komisen,bonus,hadiah dari upline serta family coaching?
Saya dapat belajar untuk hidup!Pelikkan....macam mana tu?
Ilmu logik dan mantik seperti matematik dan sains blh dipelajari dengan mudah...tetapi bagaiman ilmu untuk berjaya dlm hidup bersama keluarga,masyarakat dan negara?skop yang sangat besar...kecilkan pula skop....bagaimana utk berinteraksi dengan manusia,meyakinkan orang lain dan bertolak ansur contohnya.....tdk ada formula khusus...
Daripada Tupperware saya dapat pelajari ilmu ini...alhamdulillah...
Ilmu ini kita blh gunakan dalam sektor pekerjaan kita....kerjaya tetap sebagai orang guru banyak menuntut saya berinteraksi dengan manusia berbanding kerjaya sebagai seorang jurutera yang lebh banyak berinteraksi dengan benda mati seperti bangunan dan jalan raya..pendekatan yang sungguh berbeza...
Bagaimana untuk berubah daripada seorang penakut utk berbicara telah bertukar kepada seorang yang petah untuk memberikan pendapat....dengan keadaan yang sedap didengar oleh orang lain.....
Jadi,communication skill antara faedah lain yang saya perolehi...
Ditambah pula dengan keluarga Team Power kami yang makin berkembang...sudah semestinya makin ramai adik beradik,cucu,cicit dsb....perbincangan tanpa had sepanjang hari secara maya...24jam sehari..telah menambahkan lagi perkongsian idea itu menjadikan sesuatu yang sangat membantu dalam perniagaan khasnya...berbeza dengan kumpulan lain...kami berkongsi bahan bantuan perniagaan seperti poster,ilmu,produk bersama walaupun kami berada di seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak..
Nah...nampak tak...kami bergerak di dalam kumpulan...seperti segenggam lidi...tidak mudah dipatahkan...
Perbincangan secara tak rasmi ataupun rasmi sentiasa dilakukan...sama ada kita nak atau tidak saja..
Betul.....kita perlu menjadi seorang yang kreatif...barulah kita tidak akan mudah putus asa...kalau yang menemui jalan buntu bagaimana?
Kembali berbincang di dalam kumpulan....
Itulah ceritanya,....
Yang penting sifat putus asa sangat sangat kita mesti elakkan...
Allah adalah tempat yang paling utama...itu jangan dilupakan...
Sebentar lagi solat subuh...jom kita bersiap siap untuk mengadap Ilahi...
InsyaAllah...Allah tidak akan mensia siakan umatnya yang sentiasa berusaha tanpa kenal erti jemu...
Meh....kita berkongsi ilmu dalam Tupperware untuk menjana pendapatan sambil menambah ukhwah...
rina... lagu feveret saya nie.. best.. blog yang chomel..
ReplyDelete