Memang peminat tegar korea drama movie...sementelah menetap di Bintulu,Sarawak memudahkan pencarian full set version tersebut di sana...
Selepas menonton episod mlm ini di 391...lahirlah sebuah puisi di malam hari...
SHINWA...
Lahirnya bijak pandai
Megah berdiri
Di balik kuasa besar
Org kaya di sana
Org miskin di mana?
F4 menjadi tarikan di sana
Kerana kuasa
Kerana kecantikan
Kerana gaya
Kerana keakraban
Kerana kesombongan
Kerana kekayaan
Di balik itu...rupanya
F4....
Ialah kelemahan
Ialah kesunyian
Ialah sekatan
Ialah kesedihan
Ialah boneka
Tradisi terpecah
Bila Jandi hadir
Merubah segalanya
Hingga menjadi
Hubungan dua darjat
Cinta monyetkah?
Namun begitu
Junpyo dan Jandi
Tetap menghormati keluarga
Tetap akur
Tetap berdiam
Tetap memendam rasa
Menjeruk jiwa
Atas dasar keluarga,ekonomi serta status mereka terhalang
Sayang....JunPyo punya segalanya
Tetapi kelu utk berkata
Berbanding Jandi serba kekurangan
Tetap hormat pd keputusan keluarga
Tetap hormat pd yg lebih tua
Tetap tersenyum
Tetap ceria
Pada semua
Walau dlm hati..
Seperti tanki air
Bakal pecah
Pedihnya hati
Untuk tersenyum
Peritnya tekak
Untuk berkata
Hanyalah
Menunggu masa
Kuatnya jandi
Lemahnya Junpyo
Siapa lelaki
Siapa perempuan?
Siapa yang menang?
Kaya atau cinta?
Apakah awan mendung akan berlalu
Atau badai yang dtg?
Awan atau badai?
Bulan atau matahari?
Ciptaan Allah
Mengertikah kita?
Takdir jua diserahkan
Nukilan
Satu bulan bintang
12:04am
No comments:
Post a Comment