Thursday, 3 October 2013

Betul itu duit kita tetapi bukan hak kita....

Sebelum saya melelapkan mata tadi,sy menerima satu entry dlm team kami...yang berbunyi begini yer!

"Sekolah saya SK KPG BUDA, Spaoh akan mengadakan majlis khatam Alquran pada 4.11.2013. Bercadang nk bagi quran terjemahan bahasa melayu kepada pelajar tahun 6 seramai 17 orang... RM35 X 17 = RM595. Jika anda rasa mahu menyumbang untuk dana akhirat anda, bolehlah bank in trus ke akaun saya MAYBANK :153010534898. CIMB:03010111563525: MOHD ZULKHAIRI ESA. Email:zul9619@yahoo.com
Tel: 0138118484. Sila informkan jumlah sumbangan yg di bank in jika anda telah berbuat demikian... Trima kasih."

Zaman sekarang bi walaupun kita dlm keadaan lebih senang dari zaman dulu...tetapi kita masih perlukan bantuan orang ramai..Sebenarnya secara sedar atau tidak,disekeliling kita sendiri selalu perlukan bantuan dari segi kewangan..Saya sendiri dlm urusan pekerjaan..memerlukan dana utk menjalankan aktiviti di tempat kerja sdgkan tiada peruntukan diberikan..
Ketika inilah kreativiti seseorang itu diperlukan...

Semasa saya berada di Bintulu sy mmg tabik pada sk asyakirin kerana mereka mengumpul dana dgn pelbagai cara melalui PIBG...
Setiap event yg dijalanlan..biasanya akan memanggil peniaga dari luar utk berniaga dlm kawasan sekolah secara sah ttp mrk perlu membayar duit tapak gerai tersebut.Duit ini dikumpulkan utk menjalankan sesuatu aktiviti di sekolah..lagi..mrk meminta sumbangan ibubapa yg agak berkemampuan utk menyumbangkan sesuatu sama ada dlm bentuk hadiah,wang mahupun hamper dlm majlis tertentu spt Majlis Penyampaian Hadiah,Majlis Bacaan Yasin utk UPSR,malah byk lg kerana sekolah tersebut antara sekolah yg sgt aktif dlm menjalankan aktiviti termasuk gotong royong perdana seblm cuti sekolah.

Sekolah Tanjung Batu,Bintulu pula mengutip derma dgn cara menghantar kertas kerja kpd badan badan korporat spt SHELL,PETRONAS, Bintulu Port,institusi perbank pula pada semua bank yg ada selain sorang perseorangan yg menyumbang...ttp perlukan kertas kerja...baru blh gerak..

Lumrah manusia akan, mengeluh setiap kali derma diminta...tetapi tanpa kita sedari..setiap sen yg kita terima tdk semestinya hak kita....lupakah sumbangan kita pada, masyarakat ataupun agama?
Sy pernh berada didalam team kesihatan di mana ia mengajar sy bagaimana caranya utk menguruskan wang dgn betul..Antaranya setiap bulan..gaji atau pendapatan perlu disumbangkan atau diasingkan sedikit pada yg lbh berhak spt entry di atas kerana Tuhan akan menggandakan lagi pendapatan kita atau memberi rezki yg lebih berganda ganda pada masa berikutnya..

Spt saya sendiri,sy cuba dan mmg betul ia berhasil.Rezki saya bertambah dan datang entah dr mana...biasa kita dengar org mencari rezki demi sesuap nasi..ttp biasakah kita mendengar bagaiman caranya kita menjemput rezki...

Cubalah kita cari buku tersebut..mmg sgt berguna utk semua...Rezki juga dtg dlm byk btk sama ada wang ringgit,kebahagian,kehidupan,pekerjaan,hub kekeluargaan bertambh erat mahupun keakraban di dlm teman teman..itupun di kira rezki..

Jgn takut utk memberi kerana kita bakal menerima ganjaran lebih besar lagi.....kalau tak percaya....cubalah!!!

No comments:

Post a Comment